16 MEI 2019, di Masjid Tok Kenali dan Dewan Wardie telah diadakan Majlis Iftar 2019. Majlis dimulakan jam 6.30 petang dengan tazkirah ringkas oleh Ust Muhammad Hafiz Hukmi bin Hj Wardie (Pengerusi Eksekutif Pondok).
Pada jam 7.24 malam telah masuk waktu berbuka dan Solat Maghrib. Selepas Solat Maghrib berjamaah, jemputan di bawa ke Dewan Wardie untuk makan berat.
Majlis berakhir dengan Solat Isya' berjamaah dan Solat Tarawih.