SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Thursday, May 16, 2019

Majlis Iftar 2019

16 MEI 2019, di Masjid Tok Kenali dan Dewan Wardie telah diadakan Majlis Iftar 2019. Majlis dimulakan jam 6.30 petang dengan tazkirah ringkas oleh Ust Muhammad Hafiz  Hukmi bin Hj Wardie (Pengerusi Eksekutif Pondok).

  Pada jam 7.24 malam telah masuk waktu berbuka dan Solat Maghrib. Selepas Solat Maghrib berjamaah, jemputan di bawa ke Dewan Wardie untuk makan berat.

    Majlis berakhir dengan Solat Isya' berjamaah dan Solat Tarawih. 


Friday, May 3, 2019

Sambutan Hari Guru SRITK 2019

2 MEI 2019, bertempat dalam Dewan Wardie, SRI Tok Kenali telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis diadakan lebih awal dari sepatutnya kerana tanggal 16 Mei jatuh dalam bulan Ramadhan (bulan puasa).
     
      Tema Hari Guru 2019
 " GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI "


      Sambutan hari guru tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Awang dan beberapa orang Alumni SRITK.




"Hidup tidak selalu indah, tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

SELAMAT HARI GURU
"Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi"

TERIMA KASIH CIKGU