SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Lencana


MAKSUD WARNA DAN LAMBANG PADA LENCANA SEKOLAH

Berbentuk Bulatan Berwarna
- Melambangkan Kepelbagaian Ilmu yang diajar iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi berdasarkan Falsafah Pendidikan Sekolah.

Nama Sekolah DalamTulisan Jawi
- Melambangkan sekolah ini menitikberatkan pembejaran Pendidikan Islam dan memartabatkan Agama Islam.

Kubah
- Melambangkan Petanda Kiblat orang Islam dan Kekuatan serta Kebesaran Allah Taala.

Buku
- Melambangkan teras dan sumber pegangan hidup iaitu berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.

5 Bulatan Yang Terjalin
- Melambangkan Semangat Kesukanan dan Kecergasan Fizikal serta Mental melalui kecemerlangan dan komitmen dalam aktiviti Kokurikulum.

Pemangkin Generasi Warasatul Anbia'
- Merupakan Motto Sekolah.

Tahun 1909M/1327H
- Merupakan tahun penubuhan Pondok Tok Kenali yang menjadi tapak operasi  sekolah ini dan pendidikan di sekolah ini adalah merupakan kesinambungan perjuangan Tok Kenali.

Warna Merah
- Semangat berani yakin boleh.
Warna Putih
- Kesucian, keikhlasan untuk belajar.Kebersihan menjadi asas keperibadian insan.
Warna Hijau
- Perpaduan dan keharmonian.
Warna Kuning
- Kedaulatan raja berperlembagaan dan 
merupakan cahaya penyuluh dan petunjuk seluruh umat dan alam.
Warna Hitam
- Jiwa yang kental dan tidak mudah putus asa.

No comments:

Post a Comment