SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Wednesday, August 28, 2019

Sambutan Bulan Kemerdekaan SRITK Sempena Kemerdekaan Malaysia Ke 62

28 OGOS 2019, SRITK telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.
  Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti :
1. Kibar jalur gemilang dengan betul dikalangan guru dan murid.
2. Mengagih dan melekatkan jalur gemilang pada kenderaan ibu bapa dan kakitangan sekolah.

  Tema hari kebangsaan 2019 :
Sayangi Malaysia❤❤❤
# Malaysia Bersih.

  Pada 15 September 2019, akan diadakan majlis penutupan bulan kemerdekaan dan hari malaysia. Antara aktiviti yang akan diadakan:-
1.   Ucapan sempena hari kemerdekaan.
2.   Pertandingan mewarna.
3.   Pakaian beragam.
4.   Deklamasi puisi dan sajak.
5. Menghayati semangat perjuangan kemerdekaan yang terdiri daripada umara' dan ulama'.


Friday, August 23, 2019

Gotong Royong Perdana Kali Ke-2

23 OGOS 2019, PPITK telah mengadakan gotong royong kali ke-2. Gotong royong ini melibatkan staf PPITK, ibu bapa, murid-murid, masyarakat sekitar dan sukarelawan-sukarelawan.

     Gotong  royong ini diadakan bertujuan untuk meratakan tanah dan memotong rumput di padang supaya murid selesa dan selamat semasa melakukan aktiviti KO dan Pendidikan Jasmani serta persiapan Majlis Sambutan Haul Ulama' Nusantara Tok Kenali dan Maulid Perdana pada 7 September 2019 nanti.

       Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti gotong royong kali ini. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.




Sunday, August 4, 2019

Kursus Asas Ikhtisas Perguruan Fasa 1

26-27 JULAI 2019, bertempat di SRI Tok Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu telah berlangsung Kursus Asas Ikhtisas Perguruan Fasa 1 anjuran IPGSM Besut bersama PPITK.

     Kursus ini diadakan bertujuan melatih guru-guru di sekolah-sekolah swasta supaya mereka mendapat pendidikan asas perguruan dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya setaraf dengan guru-guru yang mengajar di sekolah aliran perdana.

     Kursus ini disertai 60 orang guru dari sekolah-sekolah swasta di sekitar Kota Bharu.

     Kursus akan disambung dengan siri ke 2 pula pada bulan Ogos ini.

 



 

Friday, August 2, 2019

Majlis Penutupan Karnival Ko Akademik PERSIAP

25 JULAI 2019, bertempat di SRI Sri Kota, Lundang telah berlangsungnya Majlis Penutupan Karnival Ko Akademik PERSIAP 2019. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh  YBHG YB Ustaz Azhar b Salleh, Timbalan Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Kerajaan Kelantan.

     Tahniah dan syabas diucapkan kepada:
 1. Adik Hanis Saffiah bt Ahmad Shahril, Johan Tilawah
 2. Adik Muhammad Thaqif b Dulaya, Johan Bercerita dalam Bahasa Arab.
 3. Adik Siti Sarah bt Ahmad Lutfi, Naib Johan Pidato Bahasa Inggeris.

     Tidak lupa juga terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang tidak mengenal penat dan lelah melatih murid-murid sehingga melahirkan Juara pada kali ini.
   




Pertandingan Bercerita Bahasa Arab Anjuran PERSIAP 2019

24 JULAI 2019, bertempat di SRITK telah diadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Arab Anjuran PERSIAP. Sebanyak 10 buah sekolah rendah Islam di bawah PERSIAP yang menyertai pertandingan ini.

        Pertandingan ini melibatkan seramai 20 orang peserta dari sekolah tersebut.

        Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf SRITK yang bertungkus lumus membuat persiapan selaku Tuan Rumah dan kepada adik Muhammad Thaqif, kami warga SRITK, mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaannya menjadi johan pada pertandingan kali ini.
     





Klinik Kecemerlangan UPSR 2019

28-29 JUN 2019, SRITK telah menganjurkan Klinik Kecemerlangan UPSR 2019, bertempat di Dewan Wardie.
    Penyertaan juga  disertai oleh beberapa buah sekolah rendah Islam swasta di bawah PERSIAP sekitar Kota Bharu.







Program Bersama Carrie Junior di SRI Tok Kenali

27 JUN 2019( Jam 11.00 Pagi ), bertempat di SRITK, Kubang Kerian telah diadakan Program Bersih Dan Harum bersama Carrie Junior.