SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Thursday, December 12, 2019

KEM CUTI SEKOLAH


JAJUAL & MODUL KEM CUTI SEKOLAH 2019

Alhamdulillah, program berlangsung dengan jayanya.......




Jamuan Akhir Tahun Staf PPITK 2019

26 November 2019, jam 2.30 petang bertempat New Horizon Wakaf Che Yeh telah diadakan Jamuan Akhir Tahun Staf PPITK.

    Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Wan Farid dengan bacaan Ummul Kitab. Majlis diteruskan dengan menjemput Ustazah Che Hasnah mewakili guru dan staf perempuan, Ustaz Salimi, Cikgu Haji Md Nor untuk ucapan sepatah dua kata sempena majlis ini.
   
    Selepas itu majlis dengan ucapan oleh Puan Siti Sarah Ketua Pengarah PPITK dan seterusnya menjemput Al Fadhil Ustaz Hafz Hukmi untuk ucapan dan perasmian.




     Majlis bersurai pada jam 4.00 petang. Alhamdulillah terima kasih kepada Ustaz Hafiz Hukmi dan Puan Siti Sarah di atas jamuan yng diadakan ini. Semoga Allah memberkati dan memurahkan lagi rezki kepada Ustaz dan Puan Siti Sarah sekeluarga.

JAMUAN MERAIKAN MURID TAHUN 6 BERSAMA DENGAN STAF PPITK

23 NOVEMBER 2019, jam 2.30 petang bertempat di KFC Kubang Kerian satu majlis meraikan murid tahun 6 telah diadakan. Semua murid tahun 6  bersama staf PPITK dijemput bagi memeriahkan majlis kali ini.





    Majlis bersurai pada jam 4.00 petang. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriahnya.

Mesyuarat Agung PIBG PPITK & Majlis Anugerah SRITK

23 November 2019, pada jam 11.00 pagi dalam Dewan Wardie telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG PPITK ke-8. Mesyuarat dipenerusikan oleh YDP PIBG PPTIK iaitu En Wan Mustapha bin Deraman mengikut agenda.

1. Ucapan aluan oleh YDP
2. Pembentangan & Mengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang Ke-7
3. Pembentangan Laporan Kewangan oleh bendahari Ustaz Mohd Hakimi bin Ramli, laporan diterima sebuat suara oleh semua yang hadir.
4. Usul dan Cadangan.
5. Hal-hal Lain.
6. Ucapan Penangguhan oleh YDP.

Mesyuarat berlangsung dengan lancar.


        Selepas selesai Mesyuarat Agung yang Ke-8, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah SRITK 2019. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Guru Besar ( Ustaz Salimi bin Mohamad ). Beliau mengucapkan tahniah serta syabas kepada semua murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid dan penerima anugerah pada kali ini. Beliau juga berharap dengan adanya majlis seumpama ini dapat melahirkan lebih ramai lagi penerima anugerah pada masa akan datang dan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain.
       
         Kami warga SRITK  mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG PPITK di atas sokongan dan sumbangan hadiah sempena majlis pada kali ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan untuk majlis pada hari ini.


Tahniah kepada adik Siti Sarah binti Ahmad Lutfi kerana berjaya 
dinobatkan sebagai Tokoh Murid 2019 


 

Majlis Graduasi Tadika Pintar Al Kenali 2019

23 November 2019, telah diadakan Majlis Graduasi Tadika Pintar Al Kenali. Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan perasmian oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Haji Wardi.


Penyampaian Sijil & Hadiah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz.

Majlis Khatam Al Quran SRITK

23 NOVEMBER 2019, telah berlangsung di SRITK satu lagi aktiviti tahunan sekolah iaitu Majlis Khatam Al Quran. Seramai 18 orang murid yang telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al Quran pada tahun ini.

     Majlis dipimpin oleh Ustaz Wan Farid bin Wan Mohd Fauzi. Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi.




Penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh Tuan Haji Md Nor bin Mohd Salleh ( Pengarah PPITK ) diiringi Ustaz Salimi bin Mohamad ( Guru Besar SRITK ).

KEPUTUSAN UPSR & UPSRIP 2019

21 November 2019,  dalam Dewan Wardie SRITK keputusan UPSR & UPSRIP  telah diumumkan oleh Guru Besar iaitu Ustaz Salimi bin Mohamad.

     Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR & UPSRIP di atas kejayaan masing-masing dan memaklumkan bahawa keputusan UPSR mengambil kira 5 elemen sepertimana berikut :
1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK).
3. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
5. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


     Tidak dikira kejayaan cemerlang seseorang murid itu, jika dia tidak menguasai kelima-lima elemen tersebut walaupun dia mendapat 6A dalam UPSR.

      Kami warga SRITK mendoakan supaya kalian semua akan memperoleh kejayaan di alam sekolah menengah nanti dan kalian mestilah menguasai kelima-lima elemen tersebut.
   
 

Adik Siti Sarah binti Ahmad Lutfi mendapat 6A dalam UPSR 2019


Barisan Guru Skuad & Calon UPSR 2019

Wednesday, December 4, 2019

JAMUAN AKHIR TAHUN SRITK

24 November 2019, SRITK telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun. Setiap kelas telah menyediakan banyak makanan untuk dihidangkan.

     Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi hingga jam 01.00 tengah hari. Sebelum itu, murid terlibat dengan PdPc seperti biasa.

     Terima kasih kepada semua guru kelas dan murid yang bertungkus lumus dalam menyediakan pelbagai makanan dan kuih-muih untuk hidangan pada jamuan tersebut. Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa di atas sumbangan dan derma yang dihulurkan.

     
Video sekitar Majlis Jamuan tersebut 

Perarakan Maulidir Rasul SAW

17 NOVEMBER 2019, SRITK telah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul 1441 H peringkat sekolah.

      Program ini diadakan bertujuan untuk memperingati dan melahirkan rasa cinta terhadap Baginda Rasulillah SAW serta menyemaikan dan menyuburkan dalam diri (jiwa) anak-anak SRITK. Dengan program sedemikian, diharapkan mereka akan sentiasa berselawat dan memperbanyakan selawat  sebagai tanda kasih dan cintanya kepada Rasulullah SAW.

       Program dimulakan pada jam 8.00 pagi, dengan perarakan murid-murid bersama guru-guru sekitar kawasan kampungan dan sekolah. setelah selesai perarakan, murid berkumpul dalam Dewan Wardie SRITK untuk acara dewan.

        acara dewan dimulakan dengan bacaan doa, alunan asmaa' alhusna, ucapan guru besar, berselawat dan ceramah maulidur Rasul oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi.





    Lansa sekitar Program