SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Monday, December 31, 2018

SRI Tok Kenali Berwajah Baharu

Pihak Pengurusan dan warga SRI Tok Kenali telah mengadakan gotong royong dan mengecat semula bangunan sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi PdPc bagi sesi 2019.





Sunday, December 30, 2018

Majlis Suaikenal Murid Tahun 1/2019

29 DISEMBER 2018, SABTU... Telah berlangsungnya Majlis Suaikenal  Murid Tahun 1 sesi 2019 di Dewan Wardie, SRI Tok Kenali iaitu seramai 33 orang murid telah berdaftar.
   Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan aluan dari Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Pondok Tok Kenali Management iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi (Cicit Tok Kenali).  Majlis diteruskan dengan penyerahan murid tahun 1 kepada guru kelas dan murid di bawa ke kelas tahun 1.
   Tujuan majlis ini ialah untuk memberi pencerahan dan maklumat kepada ibu bapa tahun 1 berkaitan syarat-syarat, peraturan dan perkembangan akademik terkini yang disarankan oleh KPM. Majlis juga diadakan bertujuan untuk membiasakan murid-murid baharu dengan persekitaran sekolah baharu.
   Majlis bersurai dengan Jamuan Ringan di Kantin Sekolah.