SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Friday, September 4, 2020

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-63 DENGAN NORMA BAHARU

30 OGOS 2020, SRITK dan TPK telah mengadakan sambutan Majlis Ambang Kemerdekaan Malaysia Ke-63 dengan norma baharu.

Sempena majlis tersebut, aktiviti kibar jalur gemilang dan menyanyi lagu patriotik diadakan di tapak perhimpunan dan persekitaran kelas masing-masing mengikut penjarakan fizikal yang selamat.

Tema Hari Kebangsaan Kali ke-63 :


 

Wednesday, August 19, 2020

SALAM MAAL MUHARRAM 1442 H

Selamat menyambut 1 Muharram 1442 H kepada semua khasnya warga SRITK & TPK. Semoga kita dapat mencontohi keperibadian Rasulullah. Sentiasalah kita mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wasallam. Semoga kita semua dalam keberkatan dan kerahmatan Allah Subhanahu WaTaala.

"UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI"


Friday, August 14, 2020

Lawatan Penanda Aras Maahad Johor ke Pusat Pengajian Islam Tok Kenali

 12 OGOS 2020, telah melakar satu sejarah di SRI Tok Kenali, Kota Bharu di mana temerterainya satu persetujuan persefahaman antara Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor), Johor Bahru, Johor dengan Pusat Pendidikan Islam Tok Kenali (PPITK), Kota Bharu, Kelantan sempena Lawatan Penanda Aras Maahad Johor ke PPITK.

Majlis tandatangan ini diwakili Tuan Haji Md. Radhi bin Ruslan (Pengetua Maahad Johor) dan Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi (Pengarah Eksekutif PPITK)

Majlis tersebut disaksikan oleh Tuan Haji Yusree bin Haji Ihsan (Timb. Pengarah Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor), Tuan Haji Muhammad Khadhiri bin Abdul Jabbar (Matan Pengetua Maahad Johor), Tuan Haji Adam bin Muhammad (Guru Kanan Mata Pelajaran), wakil daripada PPITK iaitu Tuan Haji Shukri @ Md Nor bin Mohd Salleh (Pengarah Pendidikan PPITK), Ustaz Salimi bin Mohamad (Guru Besar SRITK) dan wakil daripada Yayasan Islam Negeri Kelantan (YIK).Sebelum itu rombongan di bawa untuk melihat bangunan yang terdapat di PPITK. 

Kemudian, rombongan tersebut di bawa melawat masjid, telaga dan kubur Tok Kenali.

Alhamdulillah majlis belangsung dengan jayanya.

Friday, July 31, 2020

Salam Aidiladha

Assalamualaikum....
Maaf Zahir dan Batin, semoga kita semua dalam kerahmatan Allah Taala... diharapkan korban dan amalan yang kita lakukan akan memperolehi keberkatan dan reda Allah.
"Salam Aidiladha"
"Taqabbalallah Minna Waminkum".

Wednesday, July 15, 2020

Selamat Kembali Ke Sekolah (Covid - 19)

15 JULAI 2020, KOTA BHARU. Sesi persekolahan SRITK telah dibuka semula setelah ditutup beberapa bulan akibat penularan Covid-19. Kami dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MAIK, KKM dan MKN dengan menjalankan segala aktiviti dengan norma baharu.

SRITK mengambil Model 1, iaitu semua murid boleh hadir ke sekolah untuk satu sesi kerana sekolah mempunyai bilik darjah dan ruang yang mencukupi seperti SOP yang telah ditetapkan.

Susun atur dan melabel meja murid mengikut jarak yang selamat seperti yang telah ditetapkan.


Sebelum sesi persekolahan dibuka, semua kelas dinyahviruskan terlebih dahulu dengan semburan anti virus. Proses ini disarankan 2 kali sehari.

Sebelum masuk ke kelas, murid beratur mengikut jarak yang ditetapkan untuk mendaftar kehadiran dan merekod bacaan suhu badan. 


Murid mencuci tangan dengan sanitazer dan merekodkan suhu badan.

Kedudukan murid di dalam kelas dan waktu rehat.

Kedudukan semasa menunaikan solat di Masjid.

Alhamdulillah, persekolahan pada hari ini berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua murid dan ibu bapa yang telah memberi kerjasama bagi memastikan kita semua mematuhi SOP PKPP ini.

Thursday, February 20, 2020

MAJLIS MENANDATANGAN JABAT PESEFAHAMAN

BESUT, Terengganu. 18 Februari 2020 telah temeterai satu sejarah apabila berlangsungnya satu Majlis Menandatangani Jabat Persefahaman (LOI) Antara Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Dengan Persatuan Sekolah-Sekolah Islam Persendirian Kelantan (PERSIAP) bagi memperkasakan lagi pendidikan supaya seiringan dengan sekolah-sekolah arus perdana di Malaysia.

   IPGKSM merupakan Pusat Latihan Guru dan telah menyediakan 142 program pendidikan kepada guru-guru di Malaysia umumnya dan kepada guru-guru PERSIAP khasnya.

   Pihak PERSIAP mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak IPGKSM bekerjasama   dengan PERSIAP bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan.



Tuesday, February 18, 2020

Gotong Royong

15 Februari 2020, PIBG PPITK telah mengadakan gotong royong bagi membersihkan padang dan persekitaran kawasan sekolah.

    Alhamdulillah, aktiviti berlangsung dengan jayanya, walaupun tidak ramai yang hadir. Terima kasih kepada semua yang terlibat.





Pesta Buku Mini SRITK 2020

13 & 16 Februari 2020, telah diadakan Mini Pesta Buku SRITK bertempat di hadapan kedai sekolah.


Wednesday, February 12, 2020

Lawatan Mahabbah Ke IPG Kampus Sultan Mizan Besut

11 Februari 2020 Besut Terengganu, wakil PERSIAP telah berkunjung ke IPGSM Besut bagi tujuan Lawatan Mahabbah sempena Majlis LOI dan Kursus bersama IPGSM dengan PERSIAP yang akan berlangsung pada 18 Februari 2020 nanti.
    Hasil bertemuan tersebut pihak IPGSM bersetuju memberi khidmat bantu dan kursus kepada sekolah-sekolah di bawah kelolaan PERSIAP. 
    Pihak IPGSM menawarkan 142 kursus kepada kami untuk dibincangkan di peringkat PERSIAP.
    Diharapkan kerjasama ini dapat meningkatkan dan memantapkan lagi profesion perguruan di sekolah-sekolah PERSIAP.
                              



Tuesday, February 11, 2020

PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM NILAM

10 Februari 2020, SRITK telah melancar dan merasmikan Program NILAM peringkat sekolah. Program dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Ustaz Salimi bin Mohamad di mana beliau telah memberitahu pihak sekolah tidak lagi menyediakan buku NILAM tetapi akan menggunakan e-NILAM iaitu bacaan murid akan direkod dengan mengisi secara atas talian (online) yang akan diseliakan oleh guru di sekolah dan ibu bapa di rumah.



    NILAM adalah singkatan daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program seumpama ini diadakan bertujuan memupuk semangat membaca di kalangan murid-murid. Dengan melalui pembacaan, kita semua boleh mem bangun dan memartabatkan  diri kita sendiri khususnya dan bangsa kita amnya.


      Alhamdulillah program berlansung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang berkerja keras bagi menjayakan program kali ini.

Monday, February 10, 2020

KEM KEPIMPINAN ELIT 2020

30-31 Januari 2020, telah diadakan Kem Kepimpinan Elit anjuran bersama SRITK dengan Pertubuhan Pendidikan Negeri Kelantan (PPNK). Kem kali melibatkan 71 orang pemimpin kecil SRITK dan 9 orang Fasilitator PPNK.
    Kem dimulakan dengan pendaftaran peserta jam 3.00 pm - 4.00 pm. Kemudian diteruskan dengan Sesi Taklimat pada jam 4.00 pm. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Murid-murid pulang pada jam 5.30 pm hari Jumaat.
  Kem berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Peserta, Fasilitator PPNK dan semua guru di atas kerjasama yang padu dalam menjaya kem pada kali ini. Jazaka Allah kepada semua.





Thursday, January 16, 2020

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN 2020

13 Januari 2020, telah diadakan Majlis Watikah Kepimpinan SRITK 2020.
   Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa, Alunan Asmaa' Al-Husna, Lagu Negaraku dan Selamat Al-Sultan Kelantan.
   Majlis itu dirasmikan ucapan dan perasmian oleh Tuan Guru besar. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua barisan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber & perpustakaan , pengawas masjid, pengawas kedai sekolah, pengawas buku teks, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang diketuai oleh Muhammad Thaqif selaku ketua pengawas sekolah.
   Selepas bacaan ikrar, Guru besar dijemput untuk menyempurnakan sijil perlantikan kepada semua kepimpinan sekolah bagi sesi 2020.
   Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada kali ini. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.





Wednesday, January 8, 2020

Warna warni Sesi Persekolahan 2020

Pada 1 Januari 2020, sesi persekolah telah bermula.
   Guru menyambut kedatangan murid-murid di pintu pagar sekolah. Murid-murid bersalaman dengan guru sebelum menuju ke kelas masing-masing.
   Selamat datangan kepada murid tahun 1 dan murid baharu serta selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid tahun2 hingga tahun 6. Semoga kalian akan mendapat kejayaan di sini.



Friday, January 3, 2020

SEKITAR MAJLIS SUAIKENAL MURID TAHUN 1/2020

28 DISEMBER 2019, SRITK telah mengadakan Majlis Suaikenal Murid Tahun 1/2020. Majlis diadakan di Dewan Wardie.

     Tentetif majlis:
08.30 pagi - pendaftaran.
09.00 pagi - ucapan pengerusi majlis.
09.15 pagi - ucapan aluan dan taklimat oleh Guru Besar.
09.45 pagi - Sesi soal jawab bersama ibu bapa  dan pihak sekolah.
10.30 pagi - Sesi bergambar.
10.45 pagi - murid diserahkan kepada guru kelas dan dibawa ke kelas dan melawat beberapa kawasan-kawasan penting sekolah.
11.30 pagi - bersurai dan jamuan ringan.

    Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


     Lansa  Majlis Suaikenali