SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Sunday, September 29, 2019

Kursus Asas Ikhtisas Perguruan Fasa 2

28 SEPTEMBER 2019, bertempat di SRI Tok Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu telah berlangsung Kursus Asas Ikhtisas Perguruan Fasa 2 anjuran IPGSM Besut bersama PPITK.

Tentetif Kursus Fasa 2 adalah seperti berikut;-
      08.00 - 08.30 pagi - Pendaftaran Peserta.
      08.30 - 10.30 pagi - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
      10.30 - 11.00 pagi - Rehat/Kudapan.
      11.00 - 12.45 tengah hari - Slot 2 : Aplikasi KBAT dalam
pembinaan instrumen / soalan dan sesi bengkel.
     12.45 - 02.15 petang - Rehat / Soalt Zohor / Makan Tengah Hari.
      02.15 - 05.00 petang - slot 3 :  Aplikasi KBAT dalam
pembinaan instrumen / soalan dan sesi bengkel.

     Kursus ini disertai 47 orang guru dari sekolah-sekolah swasta di sekitar Kota Bharu.  Alhamdulillah kursus berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang teribat pada kursus ini. Semoga mendapat ilmu dan keberkatan.









Tuesday, September 24, 2019

Majlis Penutupan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 62

19 September 2019, SRITK telah mengadakan Majlis Penutupan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 62.
 
   Jam 8.00 pagi, Murid berkumpul di Dataran PPITK dan mendengar taklimmat daripada PK HEMKO, Ust Mohd Safwan. Jam 8.30 pagi, dimulai araca berjalan sekitar kampung disamping membawa jalur gemilang serta mengibarkannya dan acara tersebut tamat pada jam 9.30 pagi.
 
   Pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, murid tahun1,2&3 melakukan aktiviti mewarna manakala murid tahun 4,5&6 terlibat kuiz kemerdekaan berkumpulan...
 
   Pada jam 11.00 pagi, acara dewan bermula:- Ucapan aluan oleh pengerusi majlis oleh Ust Abdul Mubin... Ucapan dan perasmian penutupan oleh Tuan Guru Besar... Pertandingan membaca sajak kemerdekaan... Persembahan Koir SRITK bertajuk “Jalur Gemilang” Pentomin “Perjuangan Belum Berakhir” oleh murid SRITK Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Pada jam 1.00 tengah hari majlis tamat...

   Alhamdullah majlis berjalan dengan lancar . Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.


Majlis Memperingati Tokoh Ulama Nusantara Tok Kenali kali ke-2 dan Maulid Perdana Sayyidina Rasulillah Sollallahu alaihi wasallam 

   7 September 2019, telah berlansungnya Majlis Memperingati Tokoh Ulama Nusantara Tok Kenali kali ke-2 Dan Maulid Perdana Sayyidina Rasulillah Sollallahu alaihi wasallam.

 
   Majlis bermula jam 5.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam. Acara yang disediakan adalah seperti dalam tentetif di atas.

   Jumlah tetamu yang hadir sepanjang majlis tersebut seramai 2000 orang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini. Allah jua yang dapat membalasnya.


Tuesday, September 17, 2019

Peperiksaan UPSR 2019

3 September 2019 murid tahun 6, SRI Tok Kenali telah menduduki peperiksaan UPSR 2019. Peperiksaan tersebut berlangsung selama 4 hari iaitu pada 3,4,10 dan 11 September 2019. Mereka ditempatkan di dalam Bilik Gerakan (Bilik Mesyuarat) sekolah.
Setelah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak melakukan latih tubi, jangan lupa selalulah berdoa untuk kejayaan masing-masing. Semoga Allah memberkati kamu semua.
     Kami warga SRI Tok Kenali mengucapkan selamat menduduk peperiksaan tersebut dan mendapat kecemerlangan dalam keputusan UPSR nanti.


(Bergambar bersama pengawas - pengawas peperiksaan UPSR 2019)