SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Wednesday, October 9, 2019

Peperiksaan UPSRIP 2019

4 November 2019, murid-murid Sekolah Rendah Islam Tok Kenali selesai sudah menjalankan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam persiap UPSRIP 2019 dengan jayanya.
Peperiksaan tersebut telah berlangsung selama 4 hari iaiti pada 30, 31 Oktober hingga 3, 4 November 2019.
     Setelah usainya ujian tersebut mereka telah melakukan sujud syukur beramai-ramai.


     Semoga kalian mendapat kejayaan yang cemerlang dalam ujian tersebut....Amiiin Ya Rabb.

Tuesday, October 8, 2019

Trip Cameron Highlands

4&5 Oktober 2019, PPITK telah mengadakan Rehlah Ilmu 2 hari 1 malam ke Cameron Highlands, Pahang. Rombongan tersebut terdiri daripada 24 orang staf PPITK dan 15 orang murid tahfiz.
 
   Perjalanan bermula pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas.

   Tentatif Program;
JUMAAT 4 OKTOBER 2019
7.00 PAGI Berkumpul di perkarangan PPITK
7.15 PAGI Dijangka bertolak
10.30 PAGI- 11.00 PAGI Sarapan Pagi di RnR lama Gua Musang
12.30 TENGAHARI – 2.15 PETANG Solat Jumaat / Zohor (Masjid Lojing)
4.30 PETANG Agro Technology Park MARDI (Tanah Rata)
6.00 PETANG – 7.00 PETANG Pasar Malam (Golden Hills )
7.30 PETANG Check In Syifa Homestay Tanah Rata ( REHAT)

SABTU 5 OKTOBER 2019
7.00 PAGI Berkumpul di perkarangan Homestay
7.30 PAGI – PAGI Sarapan pagi berhampiran terminal bas Tanah Rata
8.00 PAGI - Abang Strawberi (Kg. Taman Sedia)
9.30 PAGI – Pasar Kea Farm
11.30 PAGI – Lavender Garden
12.45 TENGAHARI – Ladang Tea
2.00 PETANG - bertolak balik ke Kota Bharu
8.30 PETANG - Di jangka sampai di Kota Bharu.

Alhamdulillah, perjalan kami lancar dan selamat.



Wednesday, October 2, 2019

Rawatan Kesihatan SRITK dan Tadika Al Kenali

1 Oktober 2019, bertempat di Dewan Wardie, SRI Tok Kenali telah dilawati oleh pegawai dan beberapa jururawat dari Jabatan Kesihatan Bandar Kota Bharu untuk pemeriksaan kesihatan dan suntikan viksin kepada murid-murid SRITK dan Tadika Pintar Al Kenali.
  Operasi bermula 9.00 pagi dan berakhir 11.30 pagi.
  Pihak PPITK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan jururawat yang bertugas pada kali ini. Semoga Allah memberkati segala usaha kalian semua.