SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Friday, August 14, 2020

Lawatan Penanda Aras Maahad Johor ke Pusat Pengajian Islam Tok Kenali

 12 OGOS 2020, telah melakar satu sejarah di SRI Tok Kenali, Kota Bharu di mana temerterainya satu persetujuan persefahaman antara Sekolah Menengah Tinggi Arab (Maahad Johor), Johor Bahru, Johor dengan Pusat Pendidikan Islam Tok Kenali (PPITK), Kota Bharu, Kelantan sempena Lawatan Penanda Aras Maahad Johor ke PPITK.

Majlis tandatangan ini diwakili Tuan Haji Md. Radhi bin Ruslan (Pengetua Maahad Johor) dan Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi (Pengarah Eksekutif PPITK)

Majlis tersebut disaksikan oleh Tuan Haji Yusree bin Haji Ihsan (Timb. Pengarah Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor), Tuan Haji Muhammad Khadhiri bin Abdul Jabbar (Matan Pengetua Maahad Johor), Tuan Haji Adam bin Muhammad (Guru Kanan Mata Pelajaran), wakil daripada PPITK iaitu Tuan Haji Shukri @ Md Nor bin Mohd Salleh (Pengarah Pendidikan PPITK), Ustaz Salimi bin Mohamad (Guru Besar SRITK) dan wakil daripada Yayasan Islam Negeri Kelantan (YIK).Sebelum itu rombongan di bawa untuk melihat bangunan yang terdapat di PPITK. 

Kemudian, rombongan tersebut di bawa melawat masjid, telaga dan kubur Tok Kenali.

Alhamdulillah majlis belangsung dengan jayanya.

Friday, July 31, 2020

Salam Aidiladha

Assalamualaikum....
Maaf Zahir dan Batin, semoga kita semua dalam kerahmatan Allah Taala... diharapkan korban dan amalan yang kita lakukan akan memperolehi keberkatan dan reda Allah.
"Salam Aidiladha"
"Taqabbalallah Minna Waminkum".

Wednesday, July 15, 2020

Selamat Kembali Ke Sekolah (Covid - 19)

15 JULAI 2020, KOTA BHARU. Sesi persekolahan SRITK telah dibuka semula setelah ditutup beberapa bulan akibat penularan Covid-19. Kami dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MAIK, KKM dan MKN dengan menjalankan segala aktiviti dengan norma baharu.

SRITK mengambil Model 1, iaitu semua murid boleh hadir ke sekolah untuk satu sesi kerana sekolah mempunyai bilik darjah dan ruang yang mencukupi seperti SOP yang telah ditetapkan.

Susun atur dan melabel meja murid mengikut jarak yang selamat seperti yang telah ditetapkan.


Sebelum sesi persekolahan dibuka, semua kelas dinyahviruskan terlebih dahulu dengan semburan anti virus. Proses ini disarankan 2 kali sehari.

Sebelum masuk ke kelas, murid beratur mengikut jarak yang ditetapkan untuk mendaftar kehadiran dan merekod bacaan suhu badan. 


Murid mencuci tangan dengan sanitazer dan merekodkan suhu badan.

Kedudukan murid di dalam kelas dan waktu rehat.

Kedudukan semasa menunaikan solat di Masjid.

Alhamdulillah, persekolahan pada hari ini berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua murid dan ibu bapa yang telah memberi kerjasama bagi memastikan kita semua mematuhi SOP PKPP ini.