Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan aluan dari Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Pondok Tok Kenali Management iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi (Cicit Tok Kenali). Majlis diteruskan dengan penyerahan murid tahun 1 kepada guru kelas dan murid di bawa ke kelas tahun 1.
Tujuan majlis ini ialah untuk memberi pencerahan dan maklumat kepada ibu bapa tahun 1 berkaitan syarat-syarat, peraturan dan perkembangan akademik terkini yang disarankan oleh KPM. Majlis juga diadakan bertujuan untuk membiasakan murid-murid baharu dengan persekitaran sekolah baharu.
Majlis bersurai dengan Jamuan Ringan di Kantin Sekolah.
No comments:
New comments are not allowed.