SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Tuesday, September 24, 2019

Majlis Penutupan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 62

19 September 2019, SRITK telah mengadakan Majlis Penutupan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 62.
 
   Jam 8.00 pagi, Murid berkumpul di Dataran PPITK dan mendengar taklimmat daripada PK HEMKO, Ust Mohd Safwan. Jam 8.30 pagi, dimulai araca berjalan sekitar kampung disamping membawa jalur gemilang serta mengibarkannya dan acara tersebut tamat pada jam 9.30 pagi.
 
   Pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, murid tahun1,2&3 melakukan aktiviti mewarna manakala murid tahun 4,5&6 terlibat kuiz kemerdekaan berkumpulan...
 
   Pada jam 11.00 pagi, acara dewan bermula:- Ucapan aluan oleh pengerusi majlis oleh Ust Abdul Mubin... Ucapan dan perasmian penutupan oleh Tuan Guru Besar... Pertandingan membaca sajak kemerdekaan... Persembahan Koir SRITK bertajuk “Jalur Gemilang” Pentomin “Perjuangan Belum Berakhir” oleh murid SRITK Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Pada jam 1.00 tengah hari majlis tamat...

   Alhamdullah majlis berjalan dengan lancar . Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.


No comments:

Post a Comment