SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Friday, October 25, 2019

Bengkel Amali SEGAK Sekolah-Sekolah PERSIAP Kelantan

22 Oktober 2019, telah diadakan Bengkel Amali SEGAK Sekolah-Sekolah PERSIAP Kelantan bertempat di Dewan Wardie, Sekolah Rendah Islam Tok Kenali.
     Majlis dirasmikan oleh En. Mohd. Hassany bin Hashim,
Ketua Sektor Pengurusan Akademik.
     Kursus kali ini adalah merupakan kursus lanjutan bagi memantapkan lagi proses dan langkah-langkah yang betul perlaksanaan SEGAK di sekolah-sekolah swasta di negeri Kelantan.
     Ujian ini dilakukan untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.
      Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:
1. Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI).
2. Naik Turun Bangku, 3 minit.
3. Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan.
4. Ringkuk Tubi Separa.
5. Jangkauan Melunjur.



Thursday, October 17, 2019

Pelaksanaan Sivik Dan Pengukuhan SEGAK PERSIAP

16 Oktober 2019, PERSIAP Kelantan dengan kerjasama Unit Swasta JPN Kelantan telah menganjurkan kursus pendek mata pelajaran pendidikan sivik dan pengukuhan segak untuk sekolah-sekolah Islam persendirian PERSIAP bertempat di Dewan Wardie, Sekolah Rendah Islam Tok Kenali.
     Kursus ini dihadiri  oleh 34 orang guru daripada 17 buah sekolah yang bernaung di bawah PERSIAP Kelantan.
Pendidikan Sivik diperkenalkan semula dengan beberapa penambahbaikan berikut, berikut merupakan nota penting untuk rujukan bersama,
NILAI TERAS ada 4:
1) kasih sayang
2) hormat menghormati
3) tanggung jawab
4) kegembiraan
Diajar dalam mata pelajaran berikut;
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Pendidikan Islam
4) Sejarah
5) Pendidikan Moral.
PdPC WAJIB dijalankan selama 1jam, pada setiap minggu ke 4 mulai bulan JUN. Jika minggu ke-4, jatuh pada cuti persekolahan, maka WAJIB buat pada minggu ke-3. TIDAK BOLEH dibawa ke minggu pertama bulan seterusnya.
Pendidikan sivik juga dijalankan dalam perhimpunan mingguan dan aktiviti kokurikulum.
Objektif mesti ada 3 literasi sivik:
1pengetahuan
2) sosioemosi
3) tindakan
WAJIB diambil dari perincian. TIDAK BOLEH diubah Perkongsian berkaitan Pend Sivik.



Thursday, October 10, 2019

Penyerahan Buku Tajwid " Annuar At Tajwid "

6 Oktober 2019, SRITK telah menerima sumbangan Buku Tajwid  " Cahaya Ilmu Tajwid " sebanyak 250 naskhah.
 
   Dengan ini dapat membantu murid lebih mudah dan memahami ilmu tajwid.


   Kami pihak SRITK mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut dan mendoakan sentiasa dimurahkan rezeki serta diredhai olah Allah Taala.

Wednesday, October 9, 2019

Peperiksaan UPSRIP 2019

4 November 2019, murid-murid Sekolah Rendah Islam Tok Kenali selesai sudah menjalankan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam persiap UPSRIP 2019 dengan jayanya.
Peperiksaan tersebut telah berlangsung selama 4 hari iaiti pada 30, 31 Oktober hingga 3, 4 November 2019.
     Setelah usainya ujian tersebut mereka telah melakukan sujud syukur beramai-ramai.


     Semoga kalian mendapat kejayaan yang cemerlang dalam ujian tersebut....Amiiin Ya Rabb.

Tuesday, October 8, 2019

Trip Cameron Highlands

4&5 Oktober 2019, PPITK telah mengadakan Rehlah Ilmu 2 hari 1 malam ke Cameron Highlands, Pahang. Rombongan tersebut terdiri daripada 24 orang staf PPITK dan 15 orang murid tahfiz.
 
   Perjalanan bermula pada jam 7.30 pagi dengan menaiki bas.

   Tentatif Program;
JUMAAT 4 OKTOBER 2019
7.00 PAGI Berkumpul di perkarangan PPITK
7.15 PAGI Dijangka bertolak
10.30 PAGI- 11.00 PAGI Sarapan Pagi di RnR lama Gua Musang
12.30 TENGAHARI – 2.15 PETANG Solat Jumaat / Zohor (Masjid Lojing)
4.30 PETANG Agro Technology Park MARDI (Tanah Rata)
6.00 PETANG – 7.00 PETANG Pasar Malam (Golden Hills )
7.30 PETANG Check In Syifa Homestay Tanah Rata ( REHAT)

SABTU 5 OKTOBER 2019
7.00 PAGI Berkumpul di perkarangan Homestay
7.30 PAGI – PAGI Sarapan pagi berhampiran terminal bas Tanah Rata
8.00 PAGI - Abang Strawberi (Kg. Taman Sedia)
9.30 PAGI – Pasar Kea Farm
11.30 PAGI – Lavender Garden
12.45 TENGAHARI – Ladang Tea
2.00 PETANG - bertolak balik ke Kota Bharu
8.30 PETANG - Di jangka sampai di Kota Bharu.

Alhamdulillah, perjalan kami lancar dan selamat.



Wednesday, October 2, 2019

Rawatan Kesihatan SRITK dan Tadika Al Kenali

1 Oktober 2019, bertempat di Dewan Wardie, SRI Tok Kenali telah dilawati oleh pegawai dan beberapa jururawat dari Jabatan Kesihatan Bandar Kota Bharu untuk pemeriksaan kesihatan dan suntikan viksin kepada murid-murid SRITK dan Tadika Pintar Al Kenali.
  Operasi bermula 9.00 pagi dan berakhir 11.30 pagi.
  Pihak PPITK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan jururawat yang bertugas pada kali ini. Semoga Allah memberkati segala usaha kalian semua.