SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Thursday, October 17, 2019

Pelaksanaan Sivik Dan Pengukuhan SEGAK PERSIAP

16 Oktober 2019, PERSIAP Kelantan dengan kerjasama Unit Swasta JPN Kelantan telah menganjurkan kursus pendek mata pelajaran pendidikan sivik dan pengukuhan segak untuk sekolah-sekolah Islam persendirian PERSIAP bertempat di Dewan Wardie, Sekolah Rendah Islam Tok Kenali.
     Kursus ini dihadiri  oleh 34 orang guru daripada 17 buah sekolah yang bernaung di bawah PERSIAP Kelantan.
Pendidikan Sivik diperkenalkan semula dengan beberapa penambahbaikan berikut, berikut merupakan nota penting untuk rujukan bersama,
NILAI TERAS ada 4:
1) kasih sayang
2) hormat menghormati
3) tanggung jawab
4) kegembiraan
Diajar dalam mata pelajaran berikut;
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Pendidikan Islam
4) Sejarah
5) Pendidikan Moral.
PdPC WAJIB dijalankan selama 1jam, pada setiap minggu ke 4 mulai bulan JUN. Jika minggu ke-4, jatuh pada cuti persekolahan, maka WAJIB buat pada minggu ke-3. TIDAK BOLEH dibawa ke minggu pertama bulan seterusnya.
Pendidikan sivik juga dijalankan dalam perhimpunan mingguan dan aktiviti kokurikulum.
Objektif mesti ada 3 literasi sivik:
1pengetahuan
2) sosioemosi
3) tindakan
WAJIB diambil dari perincian. TIDAK BOLEH diubah Perkongsian berkaitan Pend Sivik.



No comments:

Post a Comment