SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Thursday, December 12, 2019

KEPUTUSAN UPSR & UPSRIP 2019

21 November 2019,  dalam Dewan Wardie SRITK keputusan UPSR & UPSRIP  telah diumumkan oleh Guru Besar iaitu Ustaz Salimi bin Mohamad.

     Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR & UPSRIP di atas kejayaan masing-masing dan memaklumkan bahawa keputusan UPSR mengambil kira 5 elemen sepertimana berikut :
1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK).
3. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
5. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


     Tidak dikira kejayaan cemerlang seseorang murid itu, jika dia tidak menguasai kelima-lima elemen tersebut walaupun dia mendapat 6A dalam UPSR.

      Kami warga SRITK mendoakan supaya kalian semua akan memperoleh kejayaan di alam sekolah menengah nanti dan kalian mestilah menguasai kelima-lima elemen tersebut.
   
 

Adik Siti Sarah binti Ahmad Lutfi mendapat 6A dalam UPSR 2019


Barisan Guru Skuad & Calon UPSR 2019

Wednesday, December 4, 2019

JAMUAN AKHIR TAHUN SRITK

24 November 2019, SRITK telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun. Setiap kelas telah menyediakan banyak makanan untuk dihidangkan.

     Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi hingga jam 01.00 tengah hari. Sebelum itu, murid terlibat dengan PdPc seperti biasa.

     Terima kasih kepada semua guru kelas dan murid yang bertungkus lumus dalam menyediakan pelbagai makanan dan kuih-muih untuk hidangan pada jamuan tersebut. Tidak lupa juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa di atas sumbangan dan derma yang dihulurkan.

     
Video sekitar Majlis Jamuan tersebut 

Perarakan Maulidir Rasul SAW

17 NOVEMBER 2019, SRITK telah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul 1441 H peringkat sekolah.

      Program ini diadakan bertujuan untuk memperingati dan melahirkan rasa cinta terhadap Baginda Rasulillah SAW serta menyemaikan dan menyuburkan dalam diri (jiwa) anak-anak SRITK. Dengan program sedemikian, diharapkan mereka akan sentiasa berselawat dan memperbanyakan selawat  sebagai tanda kasih dan cintanya kepada Rasulullah SAW.

       Program dimulakan pada jam 8.00 pagi, dengan perarakan murid-murid bersama guru-guru sekitar kawasan kampungan dan sekolah. setelah selesai perarakan, murid berkumpul dalam Dewan Wardie SRITK untuk acara dewan.

        acara dewan dimulakan dengan bacaan doa, alunan asmaa' alhusna, ucapan guru besar, berselawat dan ceramah maulidur Rasul oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi.





    Lansa sekitar Program