SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Thursday, December 12, 2019

KEPUTUSAN UPSR & UPSRIP 2019

21 November 2019,  dalam Dewan Wardie SRITK keputusan UPSR & UPSRIP  telah diumumkan oleh Guru Besar iaitu Ustaz Salimi bin Mohamad.

     Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR & UPSRIP di atas kejayaan masing-masing dan memaklumkan bahawa keputusan UPSR mengambil kira 5 elemen sepertimana berikut :
1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK).
3. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
5. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


     Tidak dikira kejayaan cemerlang seseorang murid itu, jika dia tidak menguasai kelima-lima elemen tersebut walaupun dia mendapat 6A dalam UPSR.

      Kami warga SRITK mendoakan supaya kalian semua akan memperoleh kejayaan di alam sekolah menengah nanti dan kalian mestilah menguasai kelima-lima elemen tersebut.
   
 

Adik Siti Sarah binti Ahmad Lutfi mendapat 6A dalam UPSR 2019


Barisan Guru Skuad & Calon UPSR 2019

No comments:

Post a Comment