SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI        WELCOME TO OUR BLOG       اهلا و سهلا و مرحبا بكم في بلوقنا

Takwim Sekolah

Thursday, December 12, 2019

Mesyuarat Agung PIBG PPITK & Majlis Anugerah SRITK

23 November 2019, pada jam 11.00 pagi dalam Dewan Wardie telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG PPITK ke-8. Mesyuarat dipenerusikan oleh YDP PIBG PPTIK iaitu En Wan Mustapha bin Deraman mengikut agenda.

1. Ucapan aluan oleh YDP
2. Pembentangan & Mengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang Ke-7
3. Pembentangan Laporan Kewangan oleh bendahari Ustaz Mohd Hakimi bin Ramli, laporan diterima sebuat suara oleh semua yang hadir.
4. Usul dan Cadangan.
5. Hal-hal Lain.
6. Ucapan Penangguhan oleh YDP.

Mesyuarat berlangsung dengan lancar.


        Selepas selesai Mesyuarat Agung yang Ke-8, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah SRITK 2019. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Guru Besar ( Ustaz Salimi bin Mohamad ). Beliau mengucapkan tahniah serta syabas kepada semua murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid dan penerima anugerah pada kali ini. Beliau juga berharap dengan adanya majlis seumpama ini dapat melahirkan lebih ramai lagi penerima anugerah pada masa akan datang dan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain.
       
         Kami warga SRITK  mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG PPITK di atas sokongan dan sumbangan hadiah sempena majlis pada kali ini. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan untuk majlis pada hari ini.


Tahniah kepada adik Siti Sarah binti Ahmad Lutfi kerana berjaya 
dinobatkan sebagai Tokoh Murid 2019 


 

No comments:

Post a Comment